• 03 8689 3636
  • hello@go-eat.com
  • NO 12, JALAN AUTOVILLE 2, 63000, CYBERJAYA, SELANGOR

Aplikasi Go Eat platform baru suri rumah, ibu tunggal jana pendapatan dengan masakan dari rumah

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
“Suri rumah dan ibu tunggal yang sukar meninggalkan anak kecil untuk bekerja di luar rumah digalakkan menjadi vendor,” katanya menerusi kenyataan media.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Go Eat, Khairil Muzamil Abdul Rahman berkata kelainan aplikasi itu ialah menawarkan makanan masak dari rumah namun perlu memenuhi syarat ditetapkan.

“Suri rumah dan ibu tunggal yang sukar meninggalkan anak kecil untuk bekerja di luar rumah digalakkan menjadi vendor,” katanya menerusi kenyataan media.

Khairil berkata platform servis penghantaran makanan Go Eat turut membuka peluang pekerjaan kepada yang berminat menjadi penghantar makanan.

Katanya Go Eat beroperasi sepenuhnya pada 18 Januari di Putrajaya, Cyberjaya dan Bangi buat permulaan sebelum meluaskan operasi di seluruh negara dan ke negara jiran.

Aplikasi Go Eat boleh dimuat turun di Android Playstore atau IOS Appstore mulai 18 Januari dan ia merupakan teknologi dibangunkan sepenuhnya anak tempatan.

Dibarisi oleh keseluruhan anak-anak tempatan yang menjadi tulang belakang pengurusannya, Go Eat tampil gah dengan warna tema Hitam dan Kuning melambangkan imej produk dan hasil tangan rakyat Malaysia.

“Aplikasi ini dibuat juga bertujuan untuk meningkatkan kompetensi anak muda Malaysia untuk bersaing di peringkat global serta membawa nama Malaysia sejajar dengan kemajuan negara lain di mata dunia.”

Menggunakan pendekatan aplikasi mesra pengguna, Go Eat menyasarkan jumlah muat turun sehingga mencecah 1,000,000 pengguna dalam tempoh 6 bulan operasi.

Malah terdapat beberapa pelan pembangunan aplikasi digital yang lain akan dibangunkan selepas ini dan ianya berkait rapat dengan Go Eat.

A person standing in front of a sign

Description automatically generated

Sementara itu pengasas bersama aplikasi ini, Fikry Ibrahim yang juga pelakon berharap ia akan menjadi satu jenama pilihan utama rakyat Malaysia bagi tahun ini.

Sumber : Free Malaysia Today

Pautan  :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/01/22/aplikasi-go-eat-platform-baru-suri-rumah-ibu-tunggal-jana-pendapatan-dengan-masakan-dari-rumah/

Tarikh   : 22 Januari 2020

Use Promo Code GOEATFIRST

Use Promo Code GOEATFIRST

FIRST TIME USER WITH MINIMUM ORDER OF RM20

Leave a Comment

Sign up for our Newsletter

Click edit button to change this text. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit