POLISI PRIVASI GO EAT

Dasar Privasi ini dan lampiran-lampirannya (“Dasar“) menerangkan bagaimana Go Eat Sdn Bhd, (secara kolektif “Go Eat” atau “kami“) mengumpul, menggunakan, memproses dan menzahirkan Data Peribadi anda melalui penggunaan Aplikasi dan Laman Web Go Eat (termasuk semua aplikasi telefon mudah alih dan laman web yang dikendalikan oleh Go Eat

Dasar ini terpakai kepada pelanggan, vendor, pembekal, rakan kongsi (seperti rakan penghantaran dan rakan dagang) secara kolektif, “anda”.

“Data Peribadi” adalah sebarang maklumat yang boleh digunakan untuk mengenal pasti anda atau di mana anda boleh dikenal pasti. Ini termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, kewarganegaraan, nombor telefon, butiran bank dan kad kredit, kepentingan atau minat peribadi, alamat e-mel, imej, nombor pengenalan yang dikeluarkan oleh kerajaan, data biometrik, bangsa, tarikh lahir, status perkahwinan, agama, maklumat kesihatan dan maklumat motorsikal.

I.     PENGUMPULAN DATA PERIBADI

Kami mengumpul Data Peribadi tentang anda melalui cara-cara yang disenaraikan di bawah. Kami juga mungkin menggabungkan Data Peribadi yang dikumpul dengan Data Peribadi lain dalam simpanan kami. Sekiranya anda adalah mempunyai beberapa hubungan dengan kami (contohnya jika anda menggunakan lebih daripada satu Perkhidmatan kami, atau jika anda adalah kedua-duanya seorang rakan kongsi penghantaran atau seorang pelanggan kami bagi bidang perniagaan kami yang lain), kami akan menghubungkan Data Peribadi anda yang dikumpulkan melalui pelbagai hubungan tersebut untuk memudahkan penggunaan Perkhidmatan kami oleh anda dan bagi Tujuan yang diterangkan di bawah. 

Anda memberikan Data Peribadi anda kepada kami

Kami mengumpul Data Peribadi anda apabila anda memberikannya kepada kami secara sukarela. Sebagai contoh, anda memberikan Data Peribadi anda kepada kami apabila anda:

· mengisi profil pengguna atau borang pendaftaran (seperti nama, maklumat perhubungan dan maklumat pengenalan lain di mana diperlukan);

· memberikan maklumat untuk menilai kelayakan anda untuk membekalkan perkhidmatan sebagai rakan kongsi penghantaran Go Eat (seperti maklumat lesen memandu, maklumat motorsikal dan keputusan pemeriksaan latar belakang anda (sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang));

· berinteraksi dengan halaman-halaman media sosial kami (seperti ID akaun media sosial, foto profil dan data lain anda yang tersedia untuk umum); 

· mengambil bahagian dalam pertandingan atau acara yang dianjurkan oleh kami (seperti gambar, fail audio, atau video yang anda kemukakan, dan yang mungkin termasuklah imej-imej anda sendiri);

· mengenal pasti diri anda melalui pelbagai cara (termasuklah dengan cara log masuk kepada media sosial, penyerahan gambar selfie atau maklumat kad pembayaran yang disahkan secara bebas);

· mengisi maklumat demografi dalam kaji atau soal selidik (seperti status perkahwinan, pekerjaan dan maklumat pendapatan); dan 

Dalam keadaan tertentu, anda mungkin perlu memberi Data Peribadi anda untuk mematuhi keperluan undang-undang atau obligasi kontraktual, atau di mana Data Peribadi anda adalah diperlukan untuk mencapai suatu kontrak. Kegagalan untuk memberi Data Peribadi dalam keadaan sedemikian mungkin menyebabkan kegagalan untuk mematuhi keperluan undang-undang atau obligasi kontrak, atau ketidakupayaan untuk berkontrak dengan anda, mengikut mana yang berkenaan.

Apabila Perkhidmatan kami digunakan

Data Peribadi mungkin dikumpul melalui operasi biasa Perkhidmatan kami. Beberapa contoh adalah:

· lokasi anda (untuk mengesan lokasi bagi perkhidmatan pick-up dan variasi laluan yang luar biasa);

· maklum balas, penarafan dan pujian;

· maklumat transaksi (seperti kaedah pembayaran dan jarak perjalanan);

· maklumat mengenai bagaimana anda berinteraksi dengan Aplikasi, Laman Web atau Perkhidmatan kami (seperti ciri-ciri yang digunakan dan kandungan yang dilihat);

· maklumat peranti (seperti model perkakasan dan nombor siri, alamat IP, nama dan versi fail dan pengenal iklan; atau apa-apa maklumat yang boleh memberi indikasi pengubahsuaian peranti atau aplikasi);

· data peribadi yang anda masukkan dalam mesej apabila anda menggunakan ciri-ciri komunikasi dalam Aplikasi kami; dan

· data peribadi yang mungkin dikumpul melalui interaksi anda dengan ejen kami, rakaman audio dan / atau video dalam kenderaan yang anda naiki (seperti gambar atau suara atau kedua-duanya, dan metadata yang berkaitan.  

Dari sumber-sumber lain

Apabila kami mengumpul Data Peribadi, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, maklumat perhubungan dan maklumat pengenalan anda yang lain di mana diperlukan, daripada sumber-sumber lain, kami memastikan bahawa data tersebut dipindahkan kepada kami mengikut undang-undang yang terpakai. Sumber-sumber tersebut termasuk:

· program-program rujukan;

· rakan-rakan kongsi perniagaan kami, seperti rakan-rakan kongsi fleet, pembekal-pembekal pembayaran dan rakan-rakan kongsi pengangkutan;

· pembekal insurans dan kewangan;

· biro kredit dan agensi pelaporan kredit lain;

· sumber data yang tersedia untuk umum;

· sumber data kerajaan;

· apabila pengguna kami memberikan maklumat anda sebagai orang hubungan kecemasan; dan

· pembekal atau rakan kongsi perkhidmatan pemasaran.

Data Peribadi Sensitif

Sebahagian Data Peribadi yang kami kumpul mungkin bersifat sensitif. Ini termasuklah maklumat seperti bangsa, maklumat ID nasional, kepercayaan agama, maklumat latar belakang (termasuk catatan kewangan dan jenayah, di mana dibenarkan oleh undang-undang), maklumat kesihatan, kecacatan, status perkahwinan dan data biometrik anda, sebagaimana yang berkenaan. Kami hanya mengumpul maklumat ini dengan persetujuan anda dan/ atau dengan cara yang mematuhi undang-undang yang terpakai.

Data peribadi individu bawah umur

Sekiranya Data Peribadi individu bawah umur (iaitu, individu di bawah umur 18 tahun) dizahirkan kepada Go Eat, anda dengan ini bersetuju dan membenarkan pemprosesan Data Peribadi tersebut sebagai ibu bapa atau penjaga sah individu bawah umur tersebut (atau bersetuju untuk mendapatkan persetujuan daripada ibu bapa atau penjaga sah individu bawah umur tersebut) dan seterusnya menerima dan memberi persetujuan untuk terikat dengan Dasar ini dan bertanggungjawab atas tindakan individu tersebut.

Sekiranya anda adalah individu bawah umur tetapi ingin memberi data peribadi anda kepada Go Eat, anda bersetuju dan mengesahkan bahawa anda telah mendapatkan persetujuan ibu bapa atau penjaga sah anda untuk terikat kepada Dasar ini terlebih dahulu.

Apabila anda memberikan data peribadi individu lain kepada kami

Dalam sesetengah keadaan, anda mungkin memberikan Data Peribadi individu-individu lain (seperti pasangan, ahli keluarga atau rakan) kepada kami. Sebagai contoh, anda mungkin memberikan maklumat mereka sebagai orang hubungan kecemasan anda. Sekiranya anda memberi Data Peribadi mereka kepada kami, anda mewakili dan menjamin bahawa anda telah memperolehi persetujuan mereka supaya Data Peribadi mereka dikumpulkan, digunakan, diproses dan dizahirkan seperti yang dinyatakan dalam Dasar ini.

II. PENGGUNAAN DATA PERIBADI

Go Eat mungkin menggunakan, menggabungkan dan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut (“Tujuan“).

Membekalkan perkhidmatan-perkhidmatan dan ciri-ciri

Data Peribadi Anda akan digunakan untuk membekalkan, memperibadikan, mengekalkan dan menambah baik Aplikasi, Laman Web dan Perkhidmatan kami. Ini termasuklah penggunaan Data Peribadi anda untuk:

· memberikan anda Perkhidmatan merentasi pelbagai perniagaan kami;

· melibatkan diri anda untuk membekalkan Perkhidmatan;

· mencipta, mentadbir dan mengemas kini akaun anda;

· melaksanakan pemeriksaan ketelitian wajar;

· mengesahkan identiti anda;

· Mengesahkan umur anda (di mana diperlukan);

· mengesahkan perjalanan anda dan memproses bayaran anda;

· membolehkan ciri-ciri yang memperibadikan Aplikasi anda, seperti senarai tempat kegemaran anda dan destinasi sebelumnya;

· menjadikan pengalaman anda lebih lancar, seperti mengisi maklumat pendaftaran anda secara automatik (seperti nama atau nombor telefon anda) dengan maklumat yang telah anda isi bagi pendaftaran untuk satu Perkhidmatan apabila anda ingin mendaftar untuk Perkhidmatan lain atau apabila anda menyertai dalam soal selidik kami; 

· operasi dalaman yang diperlukan untuk membekalkan Perkhidmatan kami, termasuk penyelesaian masalah ralat perisian dan masalah operasi, menjalankan analisis data, pengujian dan penyelidikan, memantau dan menganalisis penggunaan dan trend aktiviti;

· melindungi keselamatan atau integriti Perkhidmatan dan sebarang kemudahan atau peralatan yang digunakan untuk membekalkan Perkhidmatan;

· membolehkan komunikasi antara pengguna kami;

· proses, mengurus atau mengesahkan permohonan promosi, ganjaran dan langganan anda dengan Go Eat;

· membolehkan rakan kongsi kami mengurus dan memperuntukkan sumber-sumber fleet; dan

· untuk membekalkan perkhidmatan kepada anda sebagai seorang pemproses data, di mana anda telah memberikan persetujuan kepada pengawal data yang berkenaan agar perkhidmatan tersebut diberikan (iaitu organisasi daripada siapa anda membeli barang atau perkhidmatan, dan bagi pihak siapa Go Eat membekalkan perkhidmatan). 

Keselamatan

Kami menggunakan Data Peribadi anda untuk memastikan keselamatan Perkhidmatan kami dan semua pengguna. Ini termasuk:

· pemeriksaan rakan kongsi penghantaran sebelum membolehkan penggunaan Perkhidmatan kami;

· mengesahkan identiti anda apabila anda log masuk ke Go Eat;

· menggunakan peranti, lokasi, profil, penggunaan dan Data Peribadi lain untuk mencegah, mengesan dan memerangi penipuan atau aktiviti yang tidak selamat;

· mengesan, mencegah dan mendakwa jenayah.

Sokongan pengguna

Kami menggunakan Data Peribadi untuk menyelesaikan isu-isu sokongan pengguna. Sebagai contoh, kami mungkin:

· menyiasat dan menangani kebimbangan anda;

· memantau dan menambah baik respons sokongan pengguna kami;

· menjawab soalan, komen dan maklum balas; dan

· memaklumkan anda mengenai langkah-langkah yang diambil untuk menyelesaikan isu-isu sokongan pengguna.

Penyelidikan dan pembangunan dan keselamatan

Kami juga mungkin menggunakan Data Peribadi yang kami kumpulkan untuk ujian, penyelidikan, analisis dan pembangunan produk. Ini membolehkan kami memahami dan menganalisis keperluan dan keutamaan anda, melindungi data peribadi anda, memperbaiki dan menambah baik keselamatan Perkhidmatan kami, membangunkan ciri-ciri baharu, produk dan perkhidmatan, dan memudahkan solusi insurans dan kewangan.

 Tujuan undang-undang

Kami mungkin menggunakan Data Peribadi yang kami kumpulkan untuk menyiasat dan menyelesaikan tuntutan atau pertikaian, atau sebagaimana yang dibenarkan atau dikehendaki oleh undang-undang yang terpakai.

Kami juga mungkin menggunakan Data Peribadi anda apabila kami dikehendaki, dinasihatkan, disyorkan, dijangka atau diminta berbuat demikian oleh penasihat undang-undang kami atau mana-mana pihak berkuasa perundangan, pihak berkuasa, kerajaan atau pihak berkuasa tempatan atau asing.

Sebagai contoh, kami boleh menggunakan Data Peribadi anda untuk:

· mematuhi perintah mahkamah atau keperluan undang-undang, kerajaan atau peraturan lain;

· menguatkuasakan Syarat Perkhidmatan kami atau perjanjian lain; dan

· melindungi hak atau harta kami sekiranya berlaku tuntutan atau pertikaian.

Kami juga mungkin menggunakan Data Peribadi anda berkaitan dengan penggabungan, pengambilalihan, usaha sama, penjualan aset syarikat, penyatuan, penstrukturan semula, pembiayaan, transaksi aset perniagaan, atau pengambilalihan semua atau sebahagian daripada perniagaan kami oleh syarikat lain.

Pemasaran dan promosi

Kami mungkin menggunakan Data Peribadi anda untuk memasarkan produk, perkhidmatan, acara atau promosi para penaja dan pengiklan rakan kongsi Go Eat dan Go Eat. Sebagai contoh, kami mungkin:

· menghantar makluman, surat berita, berita terkini, risalah, bahan promosi, keistimewaan, salam perayaan; dan

· memaklumkan, menjemput dan menguruskan penyertaan anda dalam acara atau aktiviti kami;

Kami mungkin menyampaikan pemasaran sedemikian kepada anda melalui pos, panggilan telefon, perkhidmatan mesej ringkas, interaksi dalam App (“in-app engagement”), perkhidmatan pesanan dalam talian, serta pemberitahuan push, melalui penyampaian tangan dan melalui e-mel.

Jika anda ingin menghentikan langganan pemprosesan Data Peribadi anda untuk pemasaran dan promosi, anda boleh klik pada pautan ‘Unsubscribe’  dalam e-mel atau mesej yang berkaitan. Sebagai alternatif, anda juga boleh mengemas kini pilihan anda dalam tetapan Aplikasi kami.

Penyediaan Data Peribadi anda kepada kami adalah secara sukarela. Walau bagaimanapun, jika anda tidak memberikan Data Peribadi anda atau jika Data Peribadi yang diberikan kepada kami apabila diminta tidak lengkap, ini mungkin menjejaskan keupayaan kami untuk memenuhi tujuan yang dinyatakan di atas dan kemampuan anda untuk menikmati pelbagai manfaat yang kami berikan di bawah Perkhidmatan yang disediakan.

 III. PENZAHIRAN DATA PERIBADI

Kami perlu berkongsi Data Peribadi dengan pelbagai pihak untuk Tujuan. Pihak-pihak ini termasuk:

Pengguna lain

Sebagai contoh, 

· Jika anda adalah seorang rakan kongsi penghantaran, kami mungkin berkongsi Data Peribadi anda dengan peniaga dan pengguna yang tertentu, termasuk nama dan gambar anda; jenis, model, lokasi kenderaan anda dan penarafan purata.

· Jika anda menggunakan perkhidmatan chat dalam Aplikasi kami, kami mungkin berkongsi nombor telefon bimbit anda dan nama anda yang digunakan untuk berdaftar dengan Go Eat dengan pihak lain yang anda berbual melalui perkhidmatan chat tersebut.  

Dengan rakan kongsi Go Eat atas permintaan anda

Sebagai contoh, jika anda meminta Perkhidmatan melalui rakan kongsi Go Eat atau menggunakan promosi yang dibekalkan oleh rakan kongsi Go Eat, Go Eat mungkin berkongsi Data Peribadi anda dengan rakan kongsi Go Eat tersebut. Rakan kongsi kami termasuk rakan kongsi yang diintegrasikan atau terintegrasi dengan Aplikasi kami, atau rakan kongsi perniagaan yang bekerjasama dengan Go Eat untuk menyampaikan promosi, pertandingan atau perkhidmatan khusus yang lain.

Dengan anak-anak syarikat dan syarikat bersekutu

 Kami berkongsi Data Peribadi dengan subsidiari kami, syarikat bersekutu, dan entiti kawalan bersama.

Dengan pembekal perkhidmatan dan rakan kongsi perniagaan Go Eat

Kami mungkin membekalkan Data Peribadi kepada vendor, perunding, rakan kongsi pemasaran, firma penyelidikan, dan pembekal perkhidmatan atau rakan kongsi perniagaan kami. Ini termasuk:

· pemproses dan fasilitator pembayaran;

· pengutip hutang;

· biro kredit dan agensi pelaporan kredit yang lain;

· pembekal perkhidmatan pemeriksaan latar belakang dan anti-pengubahan wang haram;

· pembekal simpanan dalam awan;

· rakan kongsi pemasaran dan pembekal platform pemasaran;

· pembekal analisis data;

· rakan kongsi penyelidikan, termasuk yang menjalankan tinjauan atau projek penyelidikan dengan kerjasama Go Eat atau atas pihak Go Eat;

· rakan kongsi fleet dan rakan kongsi perdagangan;

· rakan kongsi insurans dan kewangan; dan

· perantara pihak ketiga yang terlibat dalam pelaburan dana yang diurus, seperti broker, pengurus aset dan penjaga;

· pembekal perkhidmatan yang melakukan perkhidmatan pengesahan identiti;

·  vendor atau penghantaran

Dengan penasihat undang-undang dan pihak berkuasa kerajaan

Kami mungkin berkongsi Data Peribadi anda dengan penasihat undang-undang kami, pegawai penguatkuasa undang-undang, pihak berkuasa kerajaan dan pihak ketiga yang berkenaan. Ini mungkin berlaku untuk memenuhi tujuan undang-undang (seperti yang disebutkan di atas), atau dalam mana-mana keadaan berikut:

1.   Di mana terdapatnya keperluan untuk bertindak balas terhadap kecemasan yang mengancam kehidupan, kesihatan atau keselamatan seseorang; atau

2.   Di mana perkongsian tersebut adalah diperlukan demi kepentingan awam (seperti contoh, dalam krisis kesihatan awam, untuk tujuan pengesanan hubungan dan perlindungan masyarakat kita)

IV. PENGEKALAN DATA PERIBADI

Kami mengekalkan Data Peribadi anda untuk tempoh yang diperlukan untuk memenuhi Tujuan yang tersebut dalam Polisi ini selain jika suatu tempoh penyimpanan yang lebih panjang adalah diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang. Apabila Data Peribadi anda tidak lagi diperlukan untuk Perkhidmatan atau Tujuan, atau kami tidak lagi mempunyai keperluan di bawah undang-undang atau keperluan perniagaan untuk mengekalkan Data Peribadi anda, kami mengambil langkah-langkah untuk memusnahkan,menghapuskan, memadamkan ciri-ciri pengenalan yang terdapat dalam Data tersebut atau mengelakkan akses atau penggunaan Data Peribadi bagi apa-apa tujuan selain daripada untuk memastikan pematuhan kepada Polisi, atau untuk tujuan-tujuankeselamatan, pencegahan dan pengesanan penipuan, bersesuaian dengan keperluan undang-undang yang terpakai.

V. PEMINDAHAN ANTARABANGSA DATA PERIBADI

Data Peribadi anda mungkin dipindahkan dari negara, negeri dan bandar yang anda berada semasa menggunakan Perkhidmatan kami (“Negara Asal“) ke negara, negeri dan bandar lain (“Negara Lain“).

Apabila kami memindahkan Data Peribadi anda dari Negara Asal ke Negara Lain, kami akan mematuhi obligasi undang-undang dan peraturan-peraturan mengenai Data Peribadi anda, termasuklah punyaan dasar yang sah untuk memindahkan Data Peribadi dan melaksanakan perlindungan yang sesuai untuk memastikan tahap perlindungan yang mencukupi bagi Data Peribadi. Kami juga akan memastikan bahawa penerima di Negara Lain diwajibkan untuk melindungi Data Peribadi anda pada standard perlindungan yang setanding dengan perlindungan di bawah undang-undang yang terpakai. 

Dasar sah kami adalah sama ada persetujuan (iaitu kami mungkin meminta persetujuan anda untuk memindahkan Data Peribadi anda dari Negara Asal anda ke Negara Lain apabila anda memberi Data Peribadi anda) atau salah satu perlindungan yang dibenarkan oleh undang-undang. 

VI. PENGIKLANAN PADA PLATFORM PIHAK KETIGA

Go Eat, dan rakan kongsi pihak ketiga kami, mungkin menggunakan kuki, suar web, tag, skrip, objek kongsi tempatan seperti HTML5 dan Flash (kadangkala dipanggil “kuki flash“), pengenal pengiklanan (termasuk pengecam mudah alih seperti IDFA Apple atau ID Pengiklan Google) dan teknologi yang serupa (“Kuki“) yang berkaitan dengan penggunaan Laman Web dan Aplikasi oleh anda. Kuki mungkin mempunyai pengecam unik, dan mungkin berada di dalam komputer atau peranti mudah alih anda, dalam e-mel yang kami hantar kepada anda dan di laman web kami. Kuki boleh menghantar Data Peribadi tentang anda dan penggunaan Perkhidmatan kami oleh anda, seperti jenis pelayar anda, pilihan carian, alamat IP, data yang berkaitan dengan iklan yang telah dipaparkan kepada anda atau yang telah anda klik, serta tarikh dan masa penggunaan anda. Kuki mungkin persisten atau disimpan hanya semasa sesi individu.

Go Eat mungkin membenarkan pihak ketiga menggunakan Kuki di Laman Web dan Aplikasi untuk mengumpul jenis Data Peribadi yang sama untuk tujuan yang sama seperti Go Eat. Pihak ketiga mungkin dapat mengaitkan Data Peribadi yang mereka kumpulkan dengan Data Peribadi lain yang mereka mempunyai mengenai anda dari sumber lain. Kami tidak semestinya mempunyai akses kepada atau mengawal Kuki yang mereka gunakan.

Di samping itu, kami mungkin berkongsi Data Peribadi yang tidak mengenal pasti anda dengan pihak ketiga, seperti data lokasi, pengenal pengiklanan, atau hash kriptografi pengenal akaun umum (seperti alamat e-mel), untuk memudahkan paparan pengiklanan yang disasarkan pada platform pihak ketiga.

Sekiranya anda tidak ingin Data Peribadi anda dikumpulkan melalui Kuki di Laman Web, anda boleh menyahaktifkan kuki dengan menukar tetapan pelayar internet anda untuk mengelak, menyekat atau menyahaktifkan kuki, dengan menghapus sejarah pelayaran anda dan melupuskan cache dari pelayar internet anda. Anda juga mungkin dapat mengehadkan perkongsian sebahagian Data Peribadi oleh kami ini melalui Aplikasi anda (Tetapan> Privasi>Iklan) dan tetapan peranti mudah alih anda.

VII. PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Kami akan mengambil langkah-langkah sah, organisasi dan teknikal yang munasabah untuk memastikan bahawa Data Peribadi anda dilindungi. Ini termasuk langkah-langkah untuk mencegah kehilangan Data Peribadi, atau data tersebut daripada digunakan atau diakses dengan cara yang tidak dibenarkan. Kami menghadkan akses kepada Data Peribadi anda daripada kakitangan kami dengan asas “keperluan untuk mengetahui”. Mereka yang memproses Data Peribadi anda hanya akan melakukannya secara sah dan dikehendaki untuk mengendali maklumat anda secara rahsia.

Walau bagaimanapun, harap maklumbahawa penghantaran maklumat melalui internet tidak sepenuhnya selamat. Walaupun kami akan melakukan yang terbaik untuk melindungi Data Peribadi anda, kami tidak dapat menjamin keselamatan Data Peribadi anda yang ditransmisikan melalui sebarang cara dalam talian, oleh itu, sebarang penghantaran tetap pada risiko anda sendiri.

VIII. Hak Anda mengenai Data Peribadi Anda

Berikutan keperluan undang-undang dan peraturan yang terpakai, anda mungkin berhak: 

· mengemukakan pertanyaan kepada kami mengenai pemprosesan Data Peribadi anda, termasuk supaya diberi sesalinan Data Peribadi anda;

· meminta pembetulan dan / atau (dalam beberapa kes) pemadaman Data Peribadi anda;

· dalam beberapa kes, meminta supaya pemprosesan Data Peribadi anda dihadkan, atau membantah pemprosesan tersebut;

· menarik balik persetujuan anda kepada pemprosesan Data Peribadi anda (di mana kami sedang memproses Data Peribadi anda berdasarkan persetujuan anda);

· meminta penerimaan Data Peribadi daripada atau penghantaran Data Peribadi yang telah anda berikan kepada kami di mana kami menggunakan Data Peribadi anda berdasarkan persetujuan atau perlaksanaan kontrak kepada organisasi lain, dalam format yang boleh dibaca oleh mesin; dan

· mengadu kepada pihak berkuasa mengenai perlindungan data peribadi jika hak anda yang berkenaan dengan Data Peribadi dilanggar, atau anda mengalami kerugian akibat pemprosesan Data Peribadi anda yang tidak sah.

Di mana anda diberi pilihan untuk berkongsi Data Peribadi anda dengan kami, anda selalu boleh memilih untuk tidak melakukannya. Sekiranya kami telah meminta persetujuan anda untuk memproses dan anda kemudian memilih untuk menarik baliknya, kami akan menghormati pilihan tersebut bersesuaian dengan obligasi kami di bawah undang-undang yang terpakai.

Namun demikian, pilihan anda supaya tidak memberikan Data Peribadi anda kepada kami atau penarik balikan persetujuan anda kepada penggunaannya oleh kami boleh bererti bahawa kami tidak dapat melakukan tindakan yang diperlukan untuk mencapai tujuan pemprosesan yang dijelaskan dalam Bahagian II (Penggunaan Data Peribadi) atau bahawa anda tidak boleh menggunakan Perkhidmatan. Setelah anda memilih untuk menarik balik persetujuan anda, kami mungkin boleh terus memproses Data Peribadi anda setakat mana diperlukan atau diizinkan oleh undang-undang dan peraturan yang terpakai.

Sekiranya anda ingin membuat permintaan untuk melaksanakan hak-hak anda, anda boleh menghubungi kami melalui maklumat perhubungan kami yang dinyatakan dalam Bahagian X (Maklumat Perhubungan) di bawah.

Kami akan menyaring dan mengesahkan semua permintaan terlebih dahulu. Untuk mengesahkan kewibawaan anda untuk membuat permintaan tersebut, kami mungkin memerlukan anda memberikan maklumat atau dokumentasi sokongan untuk mengesahkan permintaan tersebut.

Setelah pengesahan tersebut, kami akan melaksanakan permintaan anda dalam jangka masa yang ditentukan oleh undang-undang yang terpakai. 

IX. PINDAAN DAN KEMAS KINI

Kami berhak untuk mengubahsuai, mengemaskini atau meminda terma Dasar ini pada bila-bila masa dengan memuat naik Dasar yang telah dikemas kini di Laman Web. Dengan menggunakan Perkhidmatan kami secara berterusan selepas muat naik tersebut, membeli produk dari Go Eat atau terus berkomunikasi atau terlibat dengan Go Eat berikutan pengubahsuaian, kemas kini atau pindaan kepada Dasar ini, anda menandakan penerimaan anda terhadap pengubahsuaian, kemas kini atau pindaan tersebut.